Myspace Graphics
,

Pages

Friday, August 26, 2011

Ceritera "Kitab Cinta"

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan teman-teman.. Sudah lama rsenye  tak berkongsi cerita dgn korang... Hari ni dija nak kongsi satu cerita drama di televisyen yang sangat mengusik hati iaitu "Kitab Cinta". Pada mulanya tgok drama ni, agak bosan jgk tp bile lyn best la..Lebih-lebih lagi  lakonan Fazura sbg heroin. Lagu-lagu yang dialunkan dalam drama "Kitab Cinta" pun best2 jgk. Drama "Kitab Cinta" ni rupanya di adaptasi daripada novel tulisan Taufiqrahman. Rupenye ade novel "Kitab Cinta" ni. So klu xdpt nk tgok drama ni, korg bole la beli novel dier. Tapi setakat ni dija xjumpe lg novel, masih dlm pencarian...huhuhuh
Kitab cinta ni berkisar tentang kesucian cinta Wali (Hardy Hartono) terhadap Mustika (Fazura). Wali menyimpan perasaan cintanya terhadap Mustika tanpa sesiapa pun yg tahu. Mustika begitu mengharap kan cinta dari Wali bagai menunggu buah yg tidak akn jatuh.
Hanya tuhan saja yg tahu, cinta yg terpendam lama antara dua jiwa, tanpa siapa yg tahu. Betapa sucinya cinta buat mereka.... So klu nk lyn citer ni bole lh tgok kt youtube ye... Keep In Touch!!..

Fazura & Hardy Hartono

Ost Kitab Cinta - Gatra

Puisi Buat Mustika- Kitab Cinta


"Ini adalah senaskhah kesedihan yang aku kirimkan melalui jiwaku yang dipenuhiduka cita kepada sebuah jiwa yang lain. Sesungguhnya, kau telah berhasilmenghancurkan belengguku dan meraih kemerdekaan. 

Sudah bertahun aku mengikat tali cintaku tanpa makna. Sudah bertahun malamku berlalu dengan menungguMu, Maha pencipta di dalam persembunyianku yang ditemani oleh keangkuhan dunia. Kau juga adalahpenyembuh bagi semua yang salah pada diriku. Namun saat ini, Kau juga adalah penyakitku. Kau seperti mahkota yang dibuat untukku tetapi menghiasi insan lain

Kau adalah syurga, aku yakini itu namun aku tidak menemukan kunci untuk membuka gerbangnya. Kau ibarat seperti seorang pencuri yang sedang bergembira atas apa yang dicurinya. Kau mencuri segala jiwa dan cinta yang ada. Jalan cinta sejati hanya dapat ditempuhi oleh mereka yang siap untuk melupakan diri mereka. Demi cinta, kesetian harus dibayar dengan darah dari jantung kita, dari ketenangan jiwa kita. Jikalau tidak, cinta kita tidak bererti apa-apa maka biarkanlah cinta kita menjadi pelindung rahsia-rahsia kita. Biarkan kesengsaraan yang dibawa oleh cinta membelah jiwa. 

Marilah kita berjalan menuju kepadaNya, mengadap, dan bersujud. Memalingkan wajah kepadaNya, memberikan segala jiwa kepadaNya dengan membawa cinta sejati yang tidak akan pernah mati kerana cinta buatNya akan kekal abadi.."

                                                                                     Salam dari gembala rindu, Wali



2 comments:

  1. wah....love3.... i trus nk g tgk kt tv pas baca en3 ni..he3...

    ReplyDelete