Myspace Graphics
,

Pages

Tuesday, February 22, 2011

Ekspedisi Mendaki Gunung Muntahak (^_^)

Hai.... =) dah lame dija tak update blog ni...ehm dija agak busy sedikit menyiapkan assignment....biasalah macam tu la kehidupan seorang mahasiswa.. Baru-baru ini dija ada ‘involve ’ satu aktiviti yang dikelolakan ‘under’ kolej tun fatimah..dija saja join sekaki lagipun saja nak mengisi masa lapang hujung minggu.. ni dija nak kongsi sedikit tentang pengalaman dija...  aktiviti yang dija join ialah “Ekspedisi mendaki Gunung Muntahak”  yang terletak di Kota Tinggi bermula dari 18/2/2011 hingga 20/2/2011. Ekspedisi ni memang seronok sangat..kalau diberi peluang untuk pergi lagi sekali, dija akan pergi kalau boleh... dija pergi bersama dengan nadia, yan dan ainaa serta budak2 kolej tun fatimah yang lain... Ekspedisi ini dijaga dibawah ‘guardians’ yang berpengalaman iaitu staf UTM juga, iaitu rahim, alip, abg rodo, dan ajis... memang best dengan diorang ni..kitorang punye ekspedisi sangat enjoy bersama diorang. Ni la first time dija pergi ekspedisi yang sangat enjoy la bagi dija...memang release tension la...hehehe...Hari pertama di sana sebelum sampi ke tapak perkhemahan, kami meredah ladang kelapa sawit dulu baru sampi ke tapak perkhemahan yang berada di dalam hutan simpan Gunung Muntahak.. bila sampai je tapak perkhemahan, dija terkejut beruk, yela tapak perkhemahan tu btul-betul tengah hutan, dan ‘toilet’ pun tiada...huhuhuh tapi alhamdulillah guardians kitorang buat satu toilet untuk kitorang..hehehe kelakar betul toilet tu... tak pernah dija masuk toilet yang hanya berdindingkan plastik sampah je...hehehe tapi tak pela..janji ada toilet kan... Pada hari kedua pula, ekspedisi mendaiki Gunung Muntahak bermula...sepanjang pendakian, dija sangat tertarik dengan pemandangan air terjun yang sangat indah, air yang bersih, memang hutan simpan Gunung Muntahak ni sangat terjaga.. serius memang cantik la...tak rugi la kalau pergi kat situ...dija berani cakap la...sesiapa yang  datang situ, pasti nak datang lagi.. kepada yang sukakan alam semula jadi dekat hutan simpan tu memang sangat sesuai untuk anda menikmati keindahannya....  Ekspedisi mendaki ni mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah, dan nak turun balik pun lebih kurang 2 jam setengah... selepas penat menempuh pendakian kitorang habiskan masa dengan bermandi manda dekat air terjun...best giler mandi air terjun....sangat segar...hehehehe. 
 

Seterusnya pada hari terakhir tamatlah aktiviti kitorang, dija rasa macam tak nak balik je rase mcm nak bermukim kat situ je....hehehehe tapi dija memang nak datang lagi pada masa akan datang, maybe dengan suami ker, family, ataupun rakan-rakan...hehehe.. kepada yang sukakan aktiviti adventure...Gunung Muntahak merupakan salah satu tempat yang  korang patut pilih...memang tak rugi... k la ini aje yang dija nak kongsi ..tapi sory la gambar tak banyak yang dapat dikongsi sebab banyak aktiviti melibatkan air... (^_^)... ok tatatititutu....

2 comments:

  1. oh jah ,lau kamu duduk disitu sah2 pasni saye xde pkner nk buat asgnmnt..hu3...:(

    ReplyDelete
  2. heheheh yeke...trharu plak ak dgr...hkkhkhkh

    ReplyDelete