hai kwn2...dh lme rsenye x tulis kt cn....ehm rindunya kt blog ni...(*_*)....kt umh ni lah dija bru berpeluang utk luangkan masa tulis...arghh indahnya cuti ni....dduk kt umh walupun riuh rendah dgn suara adik beradik dija yg pulang juga ke kampung, suara umi suh bgn pagi...dn mcm lg la... tp mmg best sgt dduk kt umh...lupa seketika lara hati ini...lupa segala mslah yg ada...heheheh (berpuitis plak.hahaha)...bila dduk kt umh ni mula la keje aku yg satu ni iaitu menghabiskan masa ak yg terlebih byk ni dduk dpn komputer...mcm2 ar ak buat...heheheh itulah yg dinamakan indah...xyah dok ngadap komputer asyik dok nak wt assignment je kan..boring gile!!!..tp mmg x dinafikan la..klu dduk seminggu kt umh mmg rse indahla...tp ble dh sebulan boring jugk klu asyik dduk kt umah je kan... so misi dija seterusnya ialah Cari Kerja!!!!!!... mmg dija sgt nntkan nk wt keje part-time time cuti ni...bole dpt income byk...($_$) hehehehe..tp yg penting kite enjoy!!.. smoga cuti kwn2 pon terisi jgk mcm dija ye...selamat bercuti....=)
I'm not a perfect person There's many things I wish I didn't do But I continue learning
Friday, May 13, 2011
Thursday, March 17, 2011
M.A.L.A.S.....
Hai teman2 ku..... bgaimana dgn korg hari ni???? baik kah???? Ke sama je mcm dija ni.... Penyakit malas sedang melanda teruk dlm diri dija ni bak tsunami melanda jepun tuh....huhuhuh sape2 ade idea ke nak buang penyakit malas yg sungguh kronik ni.....ehm tak tau la nak ckp anak dara cik midin sorang ni dah terok bebenor pnyakit malasnya...segala mcm malas la..mls bgun tido, mls mandi, mls bsuh bju, mls kmas rumah, mls msk, dn seangkatn dgnnya la....cuma mkn je yg tak mls....yela mkn cam senang je...dduk dpn meja mkn pastu suap kt mulut...kn senang...heheheh.. kalaula ade hospital kt malaysia ni untuk org yg berpenyakit malas....kompem ak org yg first skali kne register....hohohoho... doa2 kanlah penyakit malas ak ni tak berjangkit ye kwn...yela penyakit malas ni dah mcm pnykit H1N1 kot....huhuhu...dh merata ak p berubat...hari2 p joggng la, mnum susu anlene la...suma tu tak lut pon....mkin pmalas ade la....tp ape2pun kne jgkla motivasi diri ni jgk...jgn dok ikutkan pemlas ni...nnt merana diri tu...chayok!!! chayok!!!... bye... =)
Friday, February 25, 2011
Tentang Cinta??????
Hai teman..... tibe-tibe hari ni dija buang tebiat nak bercakap pasal "tentang CINTA"...knonnya pakar cinta la dija ni...hahahaha... Cinta itu bagi dija ada banyak cabang nya iaitu Cinta kepada Allah, Cinta kepada Rasul, Cinta kepada Ibubapa, Cinta kepada Keluarga, Cinta kepada sahabat dan banyak lagi la kalau nak tulis sampai bila pun tak abis kan... Cinta wujud atas perasaan kasih dan sayang yang terbit dari hati...
Lumrah kehidupan, setiap manusia pasti akan mempunyai rasa Cinta.. Terpulang kepada masing-masing ingin meluahkan rasa Cinta itu dengan cara apa dan dimana kah Cinta itu patut diberikan dan di kongsi...Dija seringkali terdengar ada pepatah mengatakan 'Cinta itu Buta'... memang Cinta itu akan jadi buta apabila seseorang itu tidak memahami apa erti Cinta yang sebenar....Cinta yang sejati tidak buta...malah ia indah dan ia terbit dari hati yang ikhlas....Beruntung la bagi sesiapa yang memiliki Cinta yang sejati itu... Cinta yang sejati itu juga bagi dija sangat sukar untuk diluahkan dengan kata-kata tetapi dapat dirasai... Seperti contohla seseorang lelaki meluahkan cinta kepada seseorang perempuan yg berbunyi begini..."Oh adinda ku....aku sangat mencintaimu, tiada orang lain di hati ini..." ataupun skadar "I love you" ataupun "saya sayang kamu.." Camtu la contoh2 ayat2 cinta yg susah la untuk dipercayai ni...
Cinta sebenarnya boleh dirasa dengan hati yang ikhlas...tidak perlu untuk bermadah sakan... Bagi dija klu benar2 ikhlas untuk menyintai seseorang itu berdoalah kepadaNya agar seseorang yg kita Cinta dapat merasai Cinta kita... baru la Cinta itu dapat disulam dengan indah... heheheheh panjang plak dija bercerita pasal Cinta ini.. dija juga ingin berpesan kpd diri dija dan juga teman-teman, jgnla mudah jatuh Cinta kpd seseorang...kerana kadangkala Cinta itu boleh diperjudikan dan dipermainkan, kelak diri sendiri juga yang merana..jikalau mudah jatuh Cinta kepda Allah itu la yang lebih baik sebenarnya...Cinta ynag paling agung ialah cinta kepada Allah....Allah sentiasa mencintai kita... I love Allah... =)
Tuesday, February 22, 2011
Ekspedisi Mendaki Gunung Muntahak (^_^)
Hai.... =) dah lame dija tak update blog ni...ehm dija agak busy sedikit menyiapkan assignment....biasalah macam tu la kehidupan seorang mahasiswa.. Baru-baru ini dija ada ‘involve ’ satu aktiviti yang dikelolakan ‘under’ kolej tun fatimah..dija saja join sekaki lagipun saja nak mengisi masa lapang hujung minggu.. ni dija nak kongsi sedikit tentang pengalaman dija... aktiviti yang dija join ialah “Ekspedisi mendaki Gunung Muntahak” yang terletak di Kota Tinggi bermula dari 18/2/2011 hingga 20/2/2011. Ekspedisi ni memang seronok sangat..kalau diberi peluang untuk pergi lagi sekali, dija akan pergi kalau boleh... dija pergi bersama dengan nadia, yan dan ainaa serta budak2 kolej tun fatimah yang lain... Ekspedisi ini dijaga dibawah ‘guardians’ yang berpengalaman iaitu staf UTM juga, iaitu rahim, alip, abg rodo, dan ajis... memang best dengan diorang ni..kitorang punye ekspedisi sangat enjoy bersama diorang. Ni la first time dija pergi ekspedisi yang sangat enjoy la bagi dija...memang release tension la...hehehe...Hari pertama di sana sebelum sampi ke tapak perkhemahan, kami meredah ladang kelapa sawit dulu baru sampi ke tapak perkhemahan yang berada di dalam hutan simpan Gunung Muntahak.. bila sampai je tapak perkhemahan, dija terkejut beruk, yela tapak perkhemahan tu btul-betul tengah hutan, dan ‘toilet’ pun tiada...huhuhuh tapi alhamdulillah guardians kitorang buat satu toilet untuk kitorang..hehehe kelakar betul toilet tu... tak pernah dija masuk toilet yang hanya berdindingkan plastik sampah je...hehehe tapi tak pela..janji ada toilet kan... Pada hari kedua pula, ekspedisi mendaiki Gunung Muntahak bermula...sepanjang pendakian, dija sangat tertarik dengan pemandangan air terjun yang sangat indah, air yang bersih, memang hutan simpan Gunung Muntahak ni sangat terjaga.. serius memang cantik la...tak rugi la kalau pergi kat situ...dija berani cakap la...sesiapa yang datang situ, pasti nak datang lagi.. kepada yang sukakan alam semula jadi dekat hutan simpan tu memang sangat sesuai untuk anda menikmati keindahannya.... Ekspedisi mendaki ni mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah, dan nak turun balik pun lebih kurang 2 jam setengah... selepas penat menempuh pendakian kitorang habiskan masa dengan bermandi manda dekat air terjun...best giler mandi air terjun....sangat segar...hehehehe.
Seterusnya pada hari terakhir tamatlah aktiviti kitorang, dija rasa macam tak nak balik je rase mcm nak bermukim kat situ je....hehehehe tapi dija memang nak datang lagi pada masa akan datang, maybe dengan suami ker, family, ataupun rakan-rakan...hehehe.. kepada yang sukakan aktiviti adventure...Gunung Muntahak merupakan salah satu tempat yang korang patut pilih...memang tak rugi... k la ini aje yang dija nak kongsi ..tapi sory la gambar tak banyak yang dapat dikongsi sebab banyak aktiviti melibatkan air... (^_^)... ok tatatititutu....
Thursday, February 10, 2011
Katakan Tidak pd Perut Buncit !!!!!!!
Hai....bertemu kembali....hari dija ada nak share topik yang sangat merunsingkan setiap wanita di muka bumi ini (hehehehe terutama dija) iaitu "masalah perut buncit", mungkin bg org lain ni masalah biasa...tp bg dija "perut buncit " ni diibaratkan seperti masalah negara...sgt merunsingkan...hari-hari dija tgok perut dija tak jugak kempis2 dh mcm org pregnant plak...huhuhuhu..dah macam2 dija buat nk kempiskan perut buncit ni termasuk la pkai bengkung, kurangkan minum ais, buat sig up dan mcm2 la...tp tak berhasil jgk...Seperti yang dija tahu daripada orang-orang sekeliling, "masalah perut buncit" ni berlaku apabila kita mandi selepas makan, minum banyak selepas makan, tido selepas makan dan minum banyak air ais... tp mengikut saintifik plak dija tak pasti plak...hehehehe...
Dija ada terbaca kt satu blog dalam satu artikel tentang perut buncit ni.. Di london satu kajian terbaru telah mendedah bahawa mereka yang berperut buncit dan mempunyai lemak berlebihan di sekeliling pinggang berdepan risiko dua kali ganda untuk mati pada usia muda. Kajian membabitkan 350 000 orang di seluruh Eropah dan disiarkan Jurnal Perubatan New Zealand edisi terbaru itu menyatakan lebihan lemak di bahagian perut menjejaskan kesihatan walaupun jika seseorang itu tidak dikategorikan gemuk dan mempunyai berat badan keseluruhan yang normal. Ehm mesti anda takut bila baca artikel ni...so jge perut tu.. amalkan petua-petua yang orang tua dulu-dulu bagi..InsyAllah..mungkin berkesan...
Petua "Kempiskan Perut Buncit"
~ Gilingkan kapur sirih bersama daun jambu batu. Sapukan keperut setiap hari sehingga perut menjadi kempis.
~Lansing dengan daun cekur.
-Ambil segenggam daun cekur, tepung beras,asam jawa,gula merah, gula pasir & garam.
-Campurkan kesemua bahan tadi dan di tumbuk.
-Masukkan 1/2 gelas air.
-Tapis dan minum selama 4 hari berturut- turut.
-Campurkan kesemua bahan tadi dan di tumbuk.
-Masukkan 1/2 gelas air.
-Tapis dan minum selama 4 hari berturut- turut.
~Penjagaan makanan adalah mustahak untuk memeliki bahagian perut yang cantik! Elakkan makanan berminyak, garam. Minum banyak air dan pastikan anda mengamalkan diet yang seimbang..
Ni jela petua yang dija dapat kongsi...klu nak tau byk lg petua tanya lah 'Uncle Google' ye.. =)
Wednesday, February 9, 2011
Sekitar Perkahwinan Abg Ngh ku...
Assalamualaikum..bertemu kembali...terasa sudah lme tak update blog ni..biasala time cuti pun takde masa al maklumlah dija dah ada ahli keluarga baru... pada 29/12011 abg ngah dija diijabkabulkan dengan pasangannya nazurah..Alhamdulillah kahwin jgk abg ngh dija sorang ni..yela umur abg ngh dija ni dah 30 lebih...memang patut dh kahwin pun. Pada hari pernikahan abg ngh agak meriah la yg berlangsung di flat Abdullah Hukum dkt Kuala Lumpur (belakang MidValey je...hehehe)..
Usai selesainya majlis pernikahan abg ngh dija, kitorang sekeluarga keluar pada wktu mlmnya ke i-City.. Akhirnya smpi jgk dija ke i-City...yela dh lme dija idamkan nk g kwasan pokok yg byk cahaya lampu ni..Kebetulan malam tu sume ahli keluarga dija ada tambah sronok la.. dija nk citer ckit la..pasal i-City ni...sbnrnya xde ape2 sgt la i-City ni, yg ada cuma pokok-pokok yg dipasang lampu...mmg cntik..tp yg dija pelik xde pon kmudahan dier sediakan untuk pengunjung..yela knapa kt tempat kwsan yg lapang yg dipenuhi dgn pokok-pokok berlampu tu tak letak kerusi untuk pengunjung rehat-rehat sebentar smbil menikmati kecantikan disitu..dh la byar...pastu penat plak berjalan..satu lg nak park kereta pon ssh walaupn dh disediakan tmpt parking..huhuhuh mlpaskan perasaan plak kt cn..tp ape2 pon i-City ni mmg cntik la.. tp dlm gmbr lg cntik..heheheh.. =)
Keesokan harinya...majlis persandingan pula dilangsungkan di Dewan serbaguna Flat Abdullah Hukum..majlis yg diadakan meriah juga seperti smlm..Pada hari persandingan pengantin mengenakan busana berwarna keemasan bak pengantin bangsawan dahulukala...heheheh ...Pelamin yg disediakan pun cantik...ehm apabila dija melihat abg ngh dan k.wa di atas pelamin, mengelamun dija seketika memikirkan bagaimana pula dgn majlis perkahwinan ak nnt meriah mcm ni ke??, akn kahwinkah ak?? dgn saper?? enth2 ak membujang smpi ke tua..hehehehe klu bole jgn la...ak nk ada keluarga juga spt org lain... hish...dah2 dija tak nak fikir pasal kahwin lg..byk lg bnde yg lebih penting utk difikirkan lg pun usia dija msih muda (muda ker klu 23 thn??)... hehehehe...Ape pun klu dah sampai juga seru...semua org akn kahwin dn ada keluarga yang bahagia...Ok la dija dh tak ade ape lg nak tulis...bye.. =)
Wednesday, January 26, 2011
Aktiviti masa lapang = "Menelaah" Komik&Novel
Hai....bertemu kembali... =) hari ni dija nak kongsi sesuatu.. seblum tu ehm nk bgtau la..sem ni dija rase mcm byk je mse terluang enth la dija pun xtau..mungkin subjek 3 kredit dija sem ni ade 1 je kot..yg lain sume 2 kredit..tp sem ni lah merupakan sem yg pling byk jam kredit dija amik iaitu 17 kredit..byk tu...lg satu, subjek 3 kredit sem ni xbyk sgt kira2...tp xtau la kot mule2 je kot...nnt lps "midterm break" byk pulak kan..ha pdn muka..huhuhuhu so utk mengisi masa lapang dija selain tido, ber'jogging', tgok citer korea dan 'mengeteh' brsma2 teman2 dija akn bace komik yg dija beli kt MPH baru2 ni... spt dlm gmbr kt atas tu, tjuk komik tu ialah "Maid Maiden ~ Tuesday" dan "Kembar Da'Best".. komik ni bru je ade kt pasaran...dija puas hati la setelah habis 'menelaah' komik ni...heheheh jalan cerita dier best sgt....tak sia2 la dija pilih komik ni wktu nak beli hari tu...nsib baik bli...klu tak mst dija menyesal tak beli komik ni...dija ni mmg penggemar komik...Penulis komik yg dija suka ialah Kaoru...citer yg dier wat sume best.. "Maid Maiden" tu karya kaoru la... Kepada sesiapa yg penggemar komik dapatkan lah komik yg dija bace nie...best..tak rugi la klu beli...hehehe..Selain bace komik, dija pon suke bace novel (ble ade mood la)hehehe...skng ni dija ngh ade mood bce novel...lps abis bace komik, dija skang ngh bace novel yg bertajuk "Denyut Kasih Medik"... dija tgok tjuk novel ni..trus dija teruja sgt nak bace novel ni....dija bace tak abis lagi...tgh dalam proses...dija suke jln citer novel ni...dia mengisahkan ttg pengalaman seorang doktor pelatih yg hatinya sentiasa mengingati Allah...walau sesibuk manapun doktor muda ini, dia msih dekat dgn Allah, novel ni juga ade byk pengajaran dan pesanan yg diselitkan oleh penulis novel (Dr Farhan) yg rase sgt brguna buat pembaca... trusik hati dija bace novel ni...bole pulak berangan sekejap nk cri pasangan doktor la knonnye...hahahahaha...ok la dh xde ape lg dija nk coretkan lg kt sini... tatatititutu
Subscribe to:
Posts (Atom)









